Amerika dan Perubahan
Dengan b’il hikmah dan ‘ala basirah kita harus membaca makna perubahan yang sedang meratai dunia, termasuk kemunculan fenomenal Barack Hussein Obama . Apakah pula kesan dan implikasinya nanti jika berjaya berlaku perubahan ke atas Amerika Syarikat terhadap Dunia Islam. Apa yang dapat diharapkan dari pidato Kaherah?
Adalah bijak untuk tidak mengharap terlalu banyak dari Obama agar nanti tidak kecewa berat andainya beliau gagal memenuhi harapan. Tetapi tidak pula ada salahnya bagi umat Islam menyambut pelawaan memulakan dialog baru.
Amerika sedang berusaha mencipta perubahan, tetapi ia juga harus menerima hakikat perubahan bahawa dunia hari ini sudah menjadi multipolar. Kenyataan tersebut tidaklah bermakna kejatuhan Amerika, tetapi kebangkitan negara-negara lain atau the rise of the rest . “The rest” yang dikatakan sedang bangkit itu termasuklah
Amerika yang ketika ini sedang terbelit pelbagai masalah, terutama masalah ekonomi
tidak akan mudah memaksakan hegemoninya ke atas bangsa-bangsa lain. Negara-negara
“the rest” yang menjadi semakin kuat tidak akan mudah menerima agenda hegemoni
Amerika yang terselubung di balik retorika penyejagatan demokrasi, hak-hak asasi
manusia dan masyarakat madani. The financial crisis has undermined not just the
menggurui dunia. “The era of American global leadership is over.” Gejala hilangnya kepercayaan dunia terhadap idea-idea besar Amerika, kapitalisme dan demokrasi model Amerika.
Dunia memandang sinis terhadap demokrasi jajaan Amerika yang pada hakikatnya hanya topeng untuk menutupi tindakan biadab campur tangan ketenteraan dan penggantian rejim. Citra demokrasi model Amerika semakin tercemar dengan Guantanamo Bay dan penjara Abu-Ghrayb yang mengeri dan menyeramkan.
Pencarian Alternatif
Kita sedang menyaksikan suatu fenomena sejarah yang cukup penting dan genting --
proses reinvention of the world. Kekalutan berlaku dalam mencari alternatif sistem
apakah yang mampu tampil sebagai penyelamat krisis. Antara yang difikirkan ialah authoritarian capitalism sebagaimana yang diamalkan di China dan Singapura. krisis ini juga membuka ruang kepada sosialisme. Tidakkah umat Islam merasa terpanggil untuk menangkap saat strategik ini dengan mengangkat alternatif Islam, sistem ekonomi Islam, sejenis faith based economy yang manusiawi dan bermoral tinggi?
Dalam keadaan terdesak seperti sekarang ini, mungkin orang lebih bersedia mempertimbangkan idea-idea alternatif. ”If there’s anyone out there who has a better idea, I’m sure the world would love to here about it.” Alangkah malangnya jika yang sedang terjadi ini benar-benar suatu kesempatan sejarah yang terlepas.
-----------------------------------------------------------Bahagian Kedua sedutan intisari daripada Amanat Pimpinan WADAH
Dato’ Dr Siddiq Fadil
Muktamar Nasional Ketiga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
No comments:
Post a Comment