Thursday, July 23, 2009

Zahid ada Problem!

Zahid ada Problem


1. Dia tidak dapat bedakan siapa PM Israel, siapa Netanyahu dan siapa Barak.


2. Dia agak dangkal dan naif apabila cuba membayangkan bahawa pemimpin Zionis yang sangat licik memandang tinggi kepadanya dan memberi penghormatan kepadanya.


3. Dia tidak tahu bahawa Israel memang sudah iktiraf kerajaan Palestinian Authority sejak perjanjian Oslo pada 1993 lagi semasa Arafat. Israel cuma tidak mahu keamanan!


4. Dia bersalaman dan berjumpa secara terang-terangan dengan pemimpin negara yang tidak di iktiraf mahupun ada hubungan diplomatik dengan Malaysia. Lebih buruk lagi, tiada pemimpin atau umat Islam yang bermaruah mahu dilihat bersama seorang pembunuh seperti Ehud Barak.


5. Dia ada masalah bahasa Inggeris. Tidak mungkin mereka bertemu berduaan sahaja. Kalau bertemu dalam keadaan bahasa berterabur, belum sempat beradu lagi Israel sudah jumpa lubuk negara.


Di bawah ini dikutip daripada Aisehman.org:-

-------------------------------------------------------

This is a riot.

A few days ago, defence minister Zahid Hamidi said he had met with Israeli prime minister Benjamin Netanyahu to discuss the Middle East:

… “I said that if he wanted to have a meeting with me, he should not bring along any Israeli aide or photographer and he should not indulge in double standards, and he agreed,” Dr Ahmad Zahid told Malaysian reporters here. He is on a six-day visit to Lebanon.

Zahid said that at their meeting of 35 minutes, he stated that if Israel was sincere about establishing peace in West Asia, it should recognise the Palestinian government.

“If Israel wants to extend a hand to establish peace, it must not resort to violence against the people of Palestine and neighbouring countries,” he said. [Bernama via Malaysian Insider]

Turns out it wasn’t Netanyahu:

Special Officer (Media) Abd Halim Ab Majid here today … explained that Ahmad Zahid had instead met with Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show. [Bernama via Malaysian Insider]

I can understand Zahid’s confusion, inexcusable though it was. Barak is a former prime minister.

Talking heads: It’s remarkable how politicians put up the same face when they open their mouths. That said, guess which one of the three is not prime minister material.

I can also understand a member of the Malaysian government meeting with a member of the Israeli government. These behind-the-scenes, out-of-the-public-eye manoeuvres between governments happen all the time.

But there’s a problem here — Malaysia does not recognise Israel, so Zahid should not have told the media about the meeting.

What was he trying to do? Brag about lecturing the Israeli prime minister?

I HOPE he spoke through a translator.

Zahid’s command of English is so deadly it has the potential to start wars.

Friday, July 3, 2009

When pigs fly

When pigs fly

A well known English idiom.

It will happen "when pigs fly". Pigs do not fly, so it will never happen. Usually it means it will be prevented from happening, that it is politically impossible, at least for many decades. (usingenglish.com)


People used to say this before PRU-12, the March 2008 elections, "when pigs fly" meaning a PAS-DAP pact or cooperation will never ever happen.

-----------------------------------------------------------------------

Closure Of Abattoir, A Relief For Residents

ALOR SETAR, July 3 (Bernama) --

Residents in Kampung Berjaya here have requested all quarters not to politicise the closure of a pig abattoir in the village because they want it so. Trader Azizan Ahmad, 50, said residents staying within the vicinity of the abattoir, which had been operating for more than 30 years, had long wanted it to be closed as they could not stand the stench."The matter should not be politicised or made an excuse by Kedah DAP to pull out of the state Pakatan Rakyat government," he told Bernama here Friday.


Basharudin Said, 65, said the action by DAP reflected that the party did not care about the needs of the local residents who wanted the abattoir to be closed."Everybody agrees that the abattoir be closed because of the stench...food operators nearby also complain of poor business because not many people go to their shops," he added.


A mechanic, Tan Khien Hin, 48, regarded DAP's action as a futile move because majority of the residents supported the closure of the abattoir."It is apt that the abattoir be closed because it has been there for a long time, not suitable anymore. Furthermore, there are other places to slaughter (pigs)," he added.


Last Wednesday, Kedah DAP chairman Thomas Su Keong Siong announced that DAP was pulling out of the state Pakatan Rakyat government because of the party's dissatisfaction over several issues, especially the demolition of the pig abattoir in Kampung Berjaya.Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, when asked to comment on the matter, said it was up to DAP whether or not to remain in the state Pakatan Rakyat government as the state government had done its best accommodate their demands.



KUALA LUMPUR, July 3 (Malaysian Insider excerpts)–

Kedah DAP has applied more pressure on the PAS-led state government in a move that seems to be fueled by the public backing of DAP supremos, Its sole state assemblyman Lee Guan Aik made clear today. While acknowledging that the illegal pig abattoir has been a problem for decades since Barisan Nasional (BN) were in charge, he said that the people voted for a new government “because they want to see a change for the better.”


Kedah DAP has claimed that six sites had been suggested for a relocation but all were shot down while Azizan insists that a site in Pendang near a Chinese village had already been earmarked.
Lee today also said that the 28 butchers at the abattoir “were made to believe that the government was looking for a new site.”


However, PKR Kedah chief Ahmad Kassim said that while the mentri besar promised to facilitate the application process for the new site, the operator had only submitted his application last week.His deputy Tan Show Kang also pointed out that the operator has also been asked to relocate by the BN state government more than 10 years ago but this was not executed.


Pemuda UMNO bertindak berang terhadap DAP dan PAS di Melaka

MELAKA, July 3 (Malaysiakini excerpts)

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.


Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.


Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga tercedera seorang ADUN pembangkang, malam tadi.Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu - yang sedang mengalami konflik besar di Kedah - sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.


Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Jailani Khamis "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran di Taman Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab hari ini.




Wednesday, July 1, 2009

Memaknai PRU-12

Memaknai PRU-12


Perubahan pada tahap nasional yang semakin jelas riak dan gejolaknya ialah Tarikh 8 Mac 2008 (PRU ke-12) peristiwa penting yang cukup momentous, tidak hanya dalam konteks politik kepartian, tetapi juga dalam konteks perkembangan pola fikir umat dan rakyat. Ia sebagai jelmaan wisdom of the crowd yang berintikan aspirasi perubahan, politik idealisme, kemampuan berfikir dan keberanian bersikap. Ia dapat membangkitkan ghairah dan optimisme baru dakwah pencerdasan dan pencerahan.


Bagi kaum da`i, pemaknaannya harus dengan catatan bahawa misi dakwah tidak terbatas pada perubahan politik dalam erti sekadar pertukaran parti pemerintah. Yang kita perjuangkan adalah misi islahi, perubahan substantif-kualitatif, perubahan yang menepati idealisme pemerintahan yang adil dan beradab, sesuai dengan prinsip dan nilai syari`at.


Kita cuba memahami dan menangani perubahan yang sedang terjadi, dan seterusnya menggagas senario perubahan yang kita inginkan. pemikiran umat telah mulai terkondisi untuk menerima perubahan; malah mereka telah berani menuntut perubahan, termasuk pelayanan yang selayaknya sebagai rakyat yang bermaruah dan berharga diri.


Mereka menolak politik wang dan politik pembodohan. Mereka malu berada di tengah keleluasaan budaya rasuah dan amalan kroni, mereka malu berada di tengah ketempangan sistem kehakiman dan kepolisan, dan mereka malu berada di bawah pimpinan orang lemah. Mereka juga marah terus-menerus diperbodoh.


Krisis Harapan dan Krisis Kepercayaan


Tamatnya era Mahathir dan bermulanya pentadbiran Badawi telah tumbuh segunung harapan perubahan. Era Badawi hanya berisi declaration of intentions, pengumuman demi pengumuman tanpa perubahan yang bererti. Badawi mengakhiri kerjaya politiknya dengan mewariskan krisis harapan dan krisis kepercayaan yang serius. Penggantinyalah yang harus memikul beban warisan di samping beban peribadi yang tidak kurang beratnya .


Krisis yang membelit memang cukup gawat kerana liputannya telah meratai hampir segenap sektor. Institusi kehakiman yang tercemar dengan skandal video Lingam belum dapat memulihkan kredibilitinya. Mereka yang terlibat, termasuk dalang utamanya tetap berleluasa memencak-mencak, mendabik-dabik dada, bercakap besar di sana sini.


Tanpa tumpuan yang secukupnya, ekonomi negara yang memang sedia bermasalah akan menjadi semakin parah. Hingga ke saat ini tidak banyak yang dilakukan untuk memperbaiki kadar petumbuhan ekonomi yang jauh di belakang negara-negara jiran, Malaysia is in trouble. It shouldn’t be. … And in many respects Malaysia has done well. But it could have done so much better. Instead of being successful, too often Malaysia has tried to buy the ornaments of success -- the world’s tallest building, an unnecessarily large international airport, and so on. But in 2025, the one commodity that has paid for much of this -- oil -- is due to run out.


Tidak kurang celarunya adalah bidang pendidikan yang tanpa henti menjadi sasaran kritik dan protes rakyat. Nama kementerian dirubah dari pendidikan kepada pelajaran tanpa justifikasi yang rasional, Falsafah Pendidikan Negara yang kemudian menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan semakin tidak dipedulikan, protes terhadap PPSMI terus berlarut-larut tanpa pelayanan yang positif, malah digawatkan lagi dengan protes baru terhadap isu wajib lulus bahasa Inggeris dan pembatasan 10 subjek.


Apa yang sedang terjadi adalah krisis kependidikan yang telah menggugat esensi pendidikan sebagai humanizing process atau proses pembinaan dan pengutuhan insan.


Akibat politisasi dan komersialisasi yang berlebihan pendidikan lebih terorientasi ke arah memenuhi keperluan politik dan permintaan pasaran sehingga mengabaikan asas keinsanan. Krisis kependidikan tentunya membawa implikasi besar dalam pelbagai bidang lain, termasuk bidang sosial .Terlalu banyak masalah sosial yang sedang menggejala, terutama yang melibatkan generasi muda .


-----------------------------------------------------------
Bahagian Ketiga sedutan intisari daripada Amanat Pimpinan WADAH
Dato’ Dr Siddiq Fadil
Muktamar Nasional Ketiga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)