Friday, June 5, 2009

Islam Memimpin Perubahan


Menyedari iklim politik persada kini menuntut perubahan dan pembaharuan, Presiden PAS memilih tajuk “Islam Memimpin Perubahan”.Berikut adalah di antara intisari dan perkara-perkara yang diutarakan dalam ucapan dasar presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:-




Perubahan yang dianjurkan PAS perlu kerana berlakunya kegagalan sistem politik dan ekonomi. Hasil dari ketidakadilan dan kegagalan pelbagai sistem, menyaksikan semakin bertambahnya politik peras ugut dan perkauman di Malaysia.


Dengan pendekatan Politik Li Ta’arafu – politik saling menghormati, bagi negara-bangsa ini yang majmuk, maka PAS perlu menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampumeraikan kepelbagaian. PAS acknowledges and recognises diversity and plurality.


PAS menampilkan model penyelesaian untuk membangunkan masyarakat dan negara abad ini. PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara yang majmuk.


PAS masih menjadi parti yang selamat daripada banjir politik wang manakala parti yang mendokong kuasa melalui rasuah berhadapan dengan gelombang penolakan rakyat.


Bagi PAS hanya Islam yang menjadi rahsia ketahanan , dengan pengisian tarbiyah, dan bai’ah kepada setiap pemimpin dan calon pilihan raya yang dipilih. Ahli PAS diajar dosa pahala dalam amalan politik.


Ahli-ahli Parlimen PAS berprestasi dan bertindak menyuarakan pandangan-pandangan parti dengan penuh keberanian dan hikmah, memberikan gagasan-gagasan sehinggadisegani oleh kawan dan lawan.


PAS bekerjasama atas dasar Tahalluf Siyasi tanpa memaksa rakan perjuangan dan pakatan menganut Islam dalam aspek ibadah, tetapi bersatu dengan mereka yang menentang kezaliman dan PAS tidak bersama dengan orang-orang yang zalim.


Walaupun PAS sungguh terbuka untuk menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS perlulah ditarbiyah dengan kefahaman fiqh siyasi PAS, memahami budaya dan kaedah PAS. Institusi usrah dipelbagai peringkat pula perlulah diperkukuhkan, untuk melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dengan perjuangan Islam.


PAS terus menerus berusaha mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan berstrategik untuk memenangi kelompok undi teras pengundi luar bandar dan desa.


Peranan Dewan Ulamak adalah bagi merealisasikan konsep kepimpinan ulamak,pemahaman kepada asas sebuah gerakan Islam menerusi konsep wala dan taat, istiqamah,wehdatul fikrah, dan sebagainya.


Dewan Pemuda menyedari akan asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan ’syabab’ sebagai penerusnya. Golongan pengundi muda sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk “mengakhlakkan” aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup PAS.


Dewan Muslimat menyedari golongan wanita adalah sangat penting dalamperjuangan PAS. Komposisi wanita melebihi 50 peratus penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dengan pendekatan “Da’ie menuju mad’u”.


Umat Islam sedang memasuk alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan terkini di Pakistan, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.


Islam mengharamkan penganutnya tunduk kepada tindakan yang tidak bermaruah ini.PAS mengalu-ngalukan tindakan protes yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki Rejab Tayyeb Erdogan di Persidangan Davos dan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad di Geneva.



Seruan untuk terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Pimpinan ulamak PAS perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini


Seruan menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat “Usuliy” dari segi prinsip-prinsip perjuangan, “Mu’asirah” dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, “Istiqbaliy”dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan. PAS aims to uphold the principles of the struggle, be contemporary in leadership and be ready futurisically to face whatever may behold.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Komentar pemerhati


Ucapan masih menyebut BN dan UMNO berulang kali dan ini mungkin tidak perlu. Sekadar sindiran pun rakyat sudah memahami apatah lagi para muktamirin. Sudah tiba masanya PAS lepas bebas tanpa perlu melihat belakangnya lagi dan berpisah daripada kongkongan atau bayangan UMNO. Namun mungkin itulah mesej yang ingin disampaikan.


Prestasi pemerintahan dan kerajaan negeri penguasaan PAS dan Pakatan tidak disentuh. Adalah menarik jika muhasabah, penilaian awal dibuat ke atas kepimpinan sedemikian untuk tatapan muktamirin dan rakyat.


No comments:

Post a Comment