Uskup Katolik kecam amalan moraliti selektif
Uskup Katolik (Bishop) Paul Tan Chee Ing membidas sebagai "kebejatan moral" dan "tidak dapat dipertahankan" sikap pasif pihak berkuasa sekular kerana tidak bertindak ke atas tayangan video yang didakwa mengaibkan Anwar Ibrahim dalam adegan dengan se orang wanita.
“Apabila pihak berkuasa sekular mengabaikan tanggungjawab mereka untuk bertindak ke atas orang-orang yang terlibat dengan penayangan video itu, maka kelambanan dan kegagalan mereka bertindak menghasilkan kejahatan lain,” kata ketua titular keuskupan (diocese) Malacca-Johor.
Dalam perkembangan terbaru, isteri dan anak-anak Anwar Ibrahim berkata mereka telah melihat klip selama dua minit melalui Youtube dan menegaskan secara terbuka bahawa orang yang dilihat di video terbabit bukan Anwar Ibrahim.
Mengulas tentang pengumuman ini, Bishop Tan, yang juga presiden Catholic Bishops' Conference, berkata: “Sekarang setelah orang ramai mendengar sendiri kenyataan daripada keluarga Anwar Ibrahim, adalah kewajipan pihak berkuasa untuk bertindak terhadap mereka yang menayangkan video tersebut. "
"Siapakah yang lebih mengenali diri Anwar kalau bukan isteri dan anak-anaknya?”
Bishop Tan menambah lagi: “Anda tidak boleh berdolak-dalih apabila berhadapan dengan satu kejahatan yang jelas melanggar undang-undang.”
“Adalah satu kebejatan moral untuk mereka yang diperkasakan dengan autoriti sivil untuk goyah terhuyung hayang apabila berdepan dengan kemungkaran yang nyata. "
“Kegoyahan mereka adalah tidak boleh diterima. Apabila autoriti sekular amat lemah untuk berdepan dengan kejahatan, maka adalah menjadi tugas autoriti agama untuk bersuara, kerana kalau tidak, masyarakat akan berada dalam bahaya moral akibat pencemaran dan kedurjanaan akhlak. "
“Saya telah mengatakan sebelum ini bahawa masyarakat kita dalam bahaya yang besar akibat kecuaian kita lebih lagi daripada kejahilan kita."
“Pihak berkuasa telah cuai apabila tidak mendakwa mereka yang terbabit menayangkan video ini sejak pada mulanya. Sekarang bibit-bibit babak video telah diisiarkan dalam internet. Satu kejahatan yang dibiarkan telah membuahkan kejahatan yang lain,” pemimpin katolik itu mengeluh.
Bishop Tan menegaskan video aib itu bukan isu politik.
“Pertamanya ia adalah isu moral sebelum kepada isu yang lain. Ada undang-undang yang jelas untuk menguruskannya. Tetapi mengabaikan penguatkuasaannya adalah seperti menjemput semacam kebingungan moral yang sukar untuk diselamatkan,” katanya.
Uskup Tan menyeru pihak berkuasa sivil supaya meninggalkan moraliti selektif kerana amalan ini akan menyemai dan membenihkan perangkap-perangkap etika ke atas masyarakat dan pemulihan akhlaknya akan "menelan harga" yang sangat tinggi.
disuiapadan dan diterjemahkan dari artikel Terence Netto, Malaysiakini, Apr 5, 2011
No comments:
Post a Comment