Showing posts with label zina. Show all posts
Showing posts with label zina. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Harussani: Saya tak membisu, saya kecam video aib Anwar


Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan. “Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. “Rakaman video itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu. Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video itu kepada media di Carcosa Seri Negara .

Menurut Harussani, rakaman video itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat orang adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan. “Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video. Kalau bawa ke mahkamah, video itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku. “Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya. Menurut beliau, rakaman video yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka. “Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu. “Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak. “Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya. Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi. “Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Malaysian Insider, KUALA LUMPUR, 31 Mac

Friday, March 25, 2011

Pembohongan Besar


Pertama-tamanya kita perlu pastikan YB 110% dari Kulim dikalahkan dan dibenamkan di Shah Alam atau kita harap dia berubah sikap. Kalau dia enggan maka wajarlah dia tanggalkan kopiahnya. Itu saja lambang kemuliaan yang tinggal pada dirinya.

Kenapa kita marah? Ini kerana orang yang membawa berita bohong itu golongan kamu juga - Melayu, Muslim, insan dan saudara. (mafhum ayat daripada surah al nur)

Lagipun "projek" tuduhan palsu, qazaf, zina, salahlaku moral untuk kesekian kalinya ini cuba memperbodohkan rakyat, memperlecehkan orang Melayu, menghina agama Islam serta mengalihkan tumpuan dan keutamaan daripada agenda mengangkat martabat umat. Padahal misi suci umat adalah sepatutnya mengimarah dan mengislah, memanfaatkan dan membahagiakan, pencerahan dan pencerdasan umat manusia bukan menyebar kebejatan dan kegelapan hati dan membenamkan jiwa.

Mungkinkah kejahilan atau kedangkalan ilmu terhadap seerah riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menyebabkan umat Islam tertipu dan keliru dalam menentukan pendirian apabila berdepan dengan sesuatu isu berkaitan maruah Islam dan umatnya. Ditambah lagi dengan serangan pemikiran bertubi-tubi yang dilancarkan oleh golongan munafiqin yang menjadi duri dalam daging tanpa disedari.

Seerah (riwayat hidup Rasulullah s.a.w.) mengkisahkan tentang peristiwa dalam perjalanan pulang ke Madinah selepas peperangan dinamakan peristiwa hadith al-ifki yang merupakan ujian terhebat yang pernah menimpa maruah ahlul bait keluarga Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dalam sejarah. Semua ini hasil propaganda golongan munafiqin dan juga sebahagian muslimin yang terpedaya dengan hawa nafsu serta tidak berhati-hati menerima sebarang berita yang tidak pasti. Sehinggalah wahyu turun bagi membersihkan nama keluarga Rasulullah s.a.w., menetapkan hukum, menyelamatkan serta membetulkan umat.

Umat Islam ditanya kenapa pada waktu mendengar berita bohong itu, orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan mengapa tidak berkata : “ Ini adalah suatu berita bohong yang nyata”.

Kemudian kita dapat ransangan pula bahawa dengan tekanan fitnah dan mehnah ini maka kita perlu sedar, bangkit, lawan kejahatan, seru kepada kebaikan, cegah kemungkaran dan kita perlu bangun bersama membetulkan keadaan. Ada asasnya, ada pedoman al Qur'an dan Sunnah bagi menyemarakkan perjuangan untuk keadilan. Kita sebenarnya tidak nampak akan hikmah iaitu Allah swt sahaja Maha Mengetahui - Jangan kamu menyangka bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.

Oleh itu, eloklah kita saling berpesan-pesan kepada saudara mara dekat dan jauh, rakan dan kawan, masyarakat dan umat agar berusaha menjauhi dan mencegah fitnah ini demi kesejahteraan semua. Jika tidak, maka bermula daripada perancang utama, pembesar pembawa cerita, pemberita sampai ke juru gosip, tukang sembang, jurucatat, pembisik-pembisik, pengangguk-pengangguk semua terpalit dosa. Tiap-tiap seorang akan mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyebaran berita bohong ini, baginya azab yang besar.

Bila diminta untuk dihadapkan semua ini kepada keadilan shariah Islam, semua yang terlibat berpakat menolak dengan serba alasan. Shariahlah sepatutnya menjadi benteng bagi memastikan pelaksanaan keadilan dan menegakkan kebenaran Islam. Mereka yang menolak keadilan sistem shariah, maka jelas adalah pendusta dan pembohong belaka. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi,maka mereka itulah di sisi Allah swt orang-orang yang dusta.

Kemudian ada yang masih menganggap tuduhan-tuduhan keji dan liar ini dosa kecil atau remeh sahaja tanpa sedar betapa besar implikasinya. (Ingatlah ) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan apa yang kamu tidak ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal ia di sisi Allah swt adalah besar.

Kita lihat orang-orang yang mulia, tokoh-tokoh agama, orang awam yang celik hati dan pencinta keadilan akan segera menolak fitnah jahat ini kerana keimanan, ketaqwaan dan keinsanan. Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu, : “ Sekali-kali tidak wajar bagi kita memperkatakan hal ini. Maha Suci Engkau Ya Tuhan kami, ini adalah dusta yang besar.

Ada pengajaran besar daripada dulu hingga sekarang sampai selamanya peristiwa ini dan sekali lagi kita mesti berserah kepada Allah swt. Allah swt memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman. Dan Allah swt menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. Dan Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ada yang sewewenangnya terlibat dalam konspirasi jahat mungkin merasakan komplot, rangkaian, pengaruh, kuasa dan institusi semuanya dalam tangan boleh dibeli, disogok, dirasuah, dipaksa, dikawal dan ditundukkan tanpa sebarang kebimbangan. Mereka diberi amaran keras. Bagi orang-orang yang ingin agar berita perbuatan yang amat keji itu tersebar bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat kerana Allah swt mengetahui sedang kita tidak mengetahui.

Ada yang jahil dan meminta-minta, mendesak supaya bersumpah sampai ada yang merasa bangga dengan laungan lafaz sumpah semata-mata. Hampir-hampir perbuatan ini mencabar takdir seolah-olah menginginkan instant retribution - pembalasan segera. Ada yang sanggup ke masjid tempat ibadah yang suci bagi mengeluarkan kata-kata kesat lafaz sumpah seolah-olah berdabik dada menunjukkan tiada perasaan ketakutan atau rasa bersalah. Padahal terlupa kerana sekiranya bukan kerana kurnia Allah swt dan rahmatNya kepada kita semua, nescaya kita ditimpa azab yang besar.

Peristiwa Hadithat al Ifk boleh di rujuk pada al Qur'an - Surah An Nur dan Hadith-Hadith sahih.

Rujukan baik tentang peristiwa ini, sila lihat http://alhafizah.blogspot.com/2008/10/hadith-ifki-analisa-hukum-dan.html



Monday, March 21, 2011

Overkill

What started as a lie is now malignant and a life of its own like cancer devouring innocent people's lives invading minds, thoughts and the homes of the religious, the educated, the simple folk, the family, old and young even children shall not escape being tainted by the evil touch of qazaf and zina.

Trying to kill the political life of an opponent over and over again. That's Malaysia's brand of unique democracy. Clinging desperately to power seems to involve proving culpability through revealing a series of shameful "holes" where light rarely falls. Where truths, law, ethics, science, medicine and forensics are just charades of a dangerous and insane power play. A crescendo of wild accusations in resurrections in the form of a deja vu like humiliating trial, reprising DNA duels, an old political terminator's memoir and now blazing sleazy secret tapes. Where else in the world do we find DNA illegally and stealthily sprinkled onto a dirty mattress which was paraded day in and day out as if it was the prosecution's star witness in the first shameful episode of an unending saga. Tarts are employed and reemployed to add to the sordid incredulity of it all. All because of a persistent fear of losing power. The powers that be seems infatuated with looking over their shoulders wondering when Anwar intends to overtake them to wrest control of Putrajaya. So Putrajaya has to been defended by any means. Any other politician would have been obliterated but no, not Anwar.


Probably these are all they have got left. They have deployed the full array of engineered defections, treachery, spies, trojans, moles and sleepers. The controlled media has gone wild and mad over and over again spewing obscenities and machining character assassinations with scant regard that news have values, purpose and outcomes. It was still deemed not enough. Finally, they had to unleash the actual act of zina (adultery) itself, not satisfied with just illusory accusations or committing qazaf (false accusations of adultery). They had to engage people to make a show to perform such despicable scenes just to convince and influence the public at large for the sake of votes and to stay in power. What started out as a lie has now become malignant and has a life of its own like cancer devouring innocent people's lives invading the minds and the homes of the religious, the educated, the simple folk, the family, old and young even children shall not escape being tainted by the evil touch of qazaf and zina. People may not want to know about it but they shall hear of it, read of it , be informed of something vile that was intended to ruin one politician and his family.


If ever it is fated that Anwar is vanquished in the end, what is left is putrid. It is the end of justice. Lies and falsehood triumphs. Grace and honour are trampled upon. Corruption shall rear its ugly head. The economy is sliding down, our finances are shaky, no one is mending good governance, many people would be made poorer, businesses losing competitiveness, purchasing power is eroded , lower standards of living and hurtful pockets. Read the auditor general's comments on our GLCs' governance and how massive the leakages are.


This regime of corruption has to go. Like the refrain of the revolutionary Arab masses on the streets of Maghreb to Bahrain. As shab, urid, isqatin nizam. " we, the people want the regime to fall".