Saturday, April 20, 2013

Jaman Edan, Zaman Fitnah





Pada September 1998, tatkala anak perempuan sulong saya berumur  12 tahun, dia telah menolong menterjemahkan fatwa Professor Yusuf Qaradawi tentang isu fitnah qazaf yang menimpa Anwar Ibrahim. Penterjemahan yang dilakukan adalah daripada terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Apabila kami menyingkap ayat-ayat al Qur'an pada Surah al Hujurat, anak saya membacakan terjemahan berkaitan orang orang yang mengumpat diibaratkan memakan daging saudaranya sendiri, anak saya menyuarakan "yurrgh". Kami cukup terharu dan tersentuh dengan pandangan yang diutarakan oleh Profesor Qaradawi yang jelas menyatakan penolakan dan penentangan Islam terhadap fitnah, tuduhan palsu dan qazaf. Islam tegas menjaga maruah, menegakkan kebenaran dan keadilan, mengeratkan ukhuwwah dan memelihara kemuliaan insan.


" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebab itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani"
 (Surah al Hujurat :12)

Terjemahan fatwa ini telah dihantar kepada abimlink dan senarai e-mail - mailing lists lain, medium saluran sosial zaman itu. Kemudian, ia didapati telah disiarkan oleh akhbar PAS yang sangat masyhur dan laris waktu itu, Harakah, yang menerbitkannya secara penuh pada ruang English section walaupun tanpa memaklumkan atau meminta keizinan. Kami berdua terkejut tetapi merasa puas hati. Kami merasakan telah berusaha dan menyumbang menurut kemampuan waktu itu. Adakalanya anak saya berseloroh supaya menuntut royalti harta intelek apabila mengenangkan episod ini.

Pada waktu itu, rakyat telah bangkit beramai-ramai berdemonstrasi dan berprotes. Namun suara rasmi pihak agama yang berautoriti senyap dan sunyi. Tiada fatwa tempatan ataupun teguran terhadap tuduhan-tuduhan jahat, hina dan memalukan yang setiap hari terpapar secara jelek pada dada-dada akhbar oleh jentera media yang sudah hilang kewarasan dan jelas berniat buruk. Serangan media dan publisiti yang terang-terangan menyerang dan mencabar pendirian jelas prinsip-prinsip Islam dan shariah tentang pemberitaan, kesaksian, keterangan, hadd, akhlak, maruah dan fitnah. Memang ada suara dan seruan ulama tempatan tetapi tokoh-tokoh autoritatif masih menyepi. Jika ada pun diceritakan hanyalah bisikan di sebalik tabir yang tidak cukup untuk mengembalikan kehormatan dan meletakkan keadilan dan kebenaran teratas  sebagai prinsip dan nilai untuk tegakkan serta mengabaikan tanggungjawab memberi panduan dan bimbingan kepada umat. Keadaan ini menunjukkan dan meletakkan orang Melayu dan Islam dalam kacamata yang sangat rendah - losing the moral high ground.

Begitulah sehingga apabila Qazaf kedua mucul semula, diikuti pula dengan ketiga dan seterusnya berleluasa dengan bersahaja, tidak nampak ke mana hujung pangkalnya dan umat menjadi semakin tercela. Lagi sekali, kesepian pada pihak autoriti agama. Sebaliknya, pembesar agama berbahas tentang sumpah seranah padahal isunya adalah keluhuran maruah Islam dan shariah. Perjuangan dan penegasan sepatutnya supaya tuduhan Qazaf itu didengari dan dibicarakan di mahkamah shariah. Tindakan ini akan menghentikan fitnah pada pangkalnya. Namun, pihak yang berautoriti enggan. Kini telah menular serta melebar kejahatan angkara fasad dan ma'siat tuduhan palsu serta seluruh jentera yang menjunjungnya bermaharajalela.

Seruan Profesor Qaradawi dalam fatwa terkininya supaya tuduhan terhadap Anwar dibicarakan di mahkamah shariah telah tidak diendahkan.


Apabila judi bola cuba diperkenalkan setelah diswastakan, satu lagi rancangan yang amat mengaibkan negara, ramai orang menjadi resah dan membantah menyebabkannya menjadi di antara dasar yang paling tidak popular waktu itu. Pihak agama yang berautoriti pun resah dan gelisah tetapi mungkin telah memilih untuk berdiam diri demi menjaga air muka pembuat dasar yang semakin tercalar. Penentangan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan telah menjadi penghalang besar dan menggagalkan judi bola.  Kemarahan rakyat dan ketewasan politik telah berjaya mencegah satu lagi perusahaan judi daripada menjadi sah - legal. Kebangkitan rakyat dan kuasa politik alternatif yang dipadukan berjaya menghalang maksiat dan salah sati dosa besar al kaba’ir.

Kita menghormati autoriti dan yang berpengetahuan agama. Kita mengharapkan panduan dan pelaksanaan posisi berautoriti untuk menegakkan agama, mempertahankan kebenaran dan keadilan. Kita berdoakan supaya kita semua bertindak dengan penuh integriti tanpa gentar atau pilih kasih.Pada September 1998, tatkala anak perempuan sulong saya berumur  12 tahun, dia telah menolong menterjemahkan fatwa Professor Yusuf Qaradawi tentang isu fitnah qazaf yang menimpa Anwar Ibrahim. Penterjemahan yang dilakukan adalah daripada terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Apabila kami menyingkap ayat-ayat al Qur'an pada Surah al Hujurat, anak saya membacakan terjemahan berkaitan orang orang yang mengumpat diibaratkan memakan daging saudaranya sendiri, anak saya menyuarakan "yurrgh". Kami cukup terharu dan tersentuh dengan pandangan yang diutarakan oleh Profesor Qaradawi yang jelas menyatakan penolakan dan penentangan Islam terhadap fitnah, tuduhan palsu dan qazaf. Islam tegas menjaga maruah, menegakkan kebenaran dan keadilan, mengeratkan ukhuwwah dan memelihara kemuliaan insan.

" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebab itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani"
 (Surah al Hujurat :12)

Terjemahan fatwa ini telah dihantar kepada abimlink dan senarai e-mail - mailing lists lain, medium saluran sosial zaman itu. Kemudian, ia didapati telah disiarkan oleh akhbar PAS yang sangat masyhur dan laris waktu itu, Harakah, yang menerbitkannya secara penuh pada ruang English section walaupun tanpa memaklumkan atau meminta keizinan. Kami berdua terkejut tetapi merasa puas hati. Kami merasakan telah berusaha dan menyumbang menurut kemampuan waktu itu. Adakalanya anak saya berseloroh supaya menuntut royalti harta intelek apabila mengenangkan episod ini.

Pada waktu itu, rakyat telah bangkit beramai-ramai berdemonstrasi dan berprotes. Namun suara rasmi pihak agama yang berautoriti senyap dan sunyi. Tiada fatwa tempatan ataupun teguran terhadap tuduhan-tuduhan jahat, hina dan memalukan yang setiap hari terpapar secara jelek pada dada-dada akhbar oleh jentera media yang sudah hilang kewarasan dan jelas berniat buruk. Serangan media dan publisiti yang terang-terangan menyerang dan mencabar pendirian jelas prinsip-prinsip Islam dan shariah tentang pemberitaan, kesaksian, keterangan, hadd, akhlak, maruah dan fitnah. Memang ada suara dan seruan ulama tempatan tetapi tokoh-tokoh autoritatif masih menyepi. Jika ada pun diceritakan hanyalah bisikan di sebalik tabir yang tidak cukup untuk mengembalikan kehormatan dan meletakkan keadilan dan kebenaran teratas  sebagai prinsip dan nilai untuk tegakkan serta mengabaikan tanggungjawab memberi panduan dan bimbingan kepada umat. Keadaan ini menunjukkan dan meletakkan orang Melayu dan Islam dalam kacamata yang sangat rendah - losing the moral high ground.

Begitulah sehingga apabila Qazaf kedua mucul semula, diikuti pula dengan ketiga dan seterusnya berleluasa dengan bersahaja, tidak nampak ke mana hujung pangkalnya dan umat menjadi semakin tercela. Lagi sekali, kesepian pada pihak autoriti agama. Sebaliknya, pembesar agama berbahas tentang sumpah seranah padahal isunya adalah keluhuran maruah Islam dan shariah. Perjuangan dan penegasan sepatutnya supaya tuduhan Qazaf itu didengari dan dibicarakan di mahkamah shariah. Tindakan ini akan menghentikan fitnah pada pangkalnya. Namun, pihak yang berautoriti enggan. Kini telah menular serta melebar kejahatan angkara fasad dan ma'siat tuduhan palsu serta seluruh jentera yang menjunjungnya bermaharajalela.

Seruan Profesor Qaradawi dalam fatwa terkininya supaya tuduhan terhadap Anwar dibicarakan di mahkamah shariah telah tidak diendahkan.

Apabila judi bola cuba diperkenalkan setelah diswastakan, satu lagi rancangan yang amat mengaibkan negara, ramai orang menjadi resah dan membantah menyebabkannya menjadi di antara dasar yang paling tidak popular waktu itu. Pihak agama yang berautoriti pun resah dan gelisah tetapi mungkin telah memilih untuk berdiam diri demi menjaga air muka pembuat dasar yang semakin tercalar. Penentangan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan telah menjadi penghalang besar dan menggagalkan judi bola.  Kemarahan rakyat dan ketewasan politik pemerintah telah berjaya mencegah satu lagi perusahaan judi daripada menjadi sah - legal. Kebangkitan rakyat dan kuasa politik alternatif yang dipadukan berjaya menghalang maksiat dan salah satu dosa besar - al kaba’ir.

Kita menghormati autoriti dan yang berpengetahuan agama. Kita mengharapkan panduan dan pelaksanaan posisi berautoriti untuk menegakkan agama, mempertahankan kebenaran dan keadilan. Kita berdoakan supaya kita semua bertindak dengan penuh integriti tanpa gentar atau pilih kasih.


No comments:

Post a Comment