Showing posts with label totok. Show all posts
Showing posts with label totok. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Kisah Benar



Setiap kali anak saya kembali dari kelas tuisyen, dia akan mengadu tentang guru tuisyen biologinya. Gurunya agak menebal kefahaman politiknya dan bolehlah dikategorikan sebagai seorang nasionalis totok. Masalahnya adalah pegangannya terbawa-bawa pula ke dalam kelas tuisyen itu. Ini menjadikan ramai anak muridnya berasa resah dan gusar terutama anak saya. Kadangkala, guru ini mengeluarkan pandangan-pandangannya yang kesat dan berbaur fitnah di hadapan kelasnya. Jika ada bangkangan daripada anak muridnya, dia akan tegas menempelak dengan menggunakan autoritinya dan terpaksalah anak-anak muda itu menahan telinga.

Apabila anak saya meminta pandangan saya, saya nasihatkan dia terus hormati gurunya dan saya memberitahunya hasrat saya untuk kemungkinan akan memberikan teguran secara terhormat selepas SPM nanti supaya tidak menimbulkan ketegangan antara guru - murid buat masa ini. Anak saya memahami bahawa dia terpaksa membenci perbuatan seperti itu di dalam hatinya.

Pada hari Ahad yang lepas, anak saya kembali dengan riang gembira. Dia menceritakan bahawa di kelas tuisyennya, gurunya mengambil kesempatan untuk mengutuk Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dengan mengatakan,

"Lihat Ustaz Hadi rela menggadaikan jubahnya untuk memakai T-Shirt Bersih."

Secara spontan pula anak saya mencelah, "Tapi, Cikgu, Najib pun tak pakai jubah!"

Seluruh kelas tuisyen ketawa terbahak-bahak. Guru tuisyen tersipu-sipu dibuatnya.

Itulah sebahagian kisah benar polarisasi hubungan dan pola-pola negatif komunikasi akibat terlampau banyak berpolitik tanpa adab dan akhlak, perbahasan bukan pula pada tempatnya serta gagal menyedari bahawa anak murid pun berhak, cerdas dan bebas berfikir juga.


Saturday, April 23, 2011

Video aib dan Mr Bean


Penglipur lara Sufi ada menceritakan pada suatu hari, dua orang lelaki bergegas ke rumah Mulla Nasruddin.


"Apa sudah terjadi? " bertanya Mulla Nasruddin.


"Ada kemalangan melibatkan kereta kuda melanggar orang yang serupa macam rupa kamu di pasar tadi. Kami ingatkan kamu yang dilanggar dan kami ke sini untuk menyampaikan berita itu kepada isteri kamu," mereka berkata.


"Adakah dia tinggi macam aku ?" Mulla bertanya.


"Ya," jawab mereka.


"Adakah dia mempunyai janggut macam aku?"


"Ya!"


"Apa warna bajunya?"


"Ungu"


"Ungu!" Mulla berteriak merasa lega. "Mujur bukan aku. Aku memang tak ada baju ungu."

Rupa-rupanya cerita jenaka zaman alaf dahulu semacam berulang dalam bentuk kisah benar. Apabila video mengaib Anwar muncul, satu gesaan di antara yang banyak yang aneh dan hanya boleh terbit di cereka lucu Mr Bean adalah berikut:-


Dalam keghairahan untuk mengambil kesempatan membelasah peribadi, ada pengulas yang terlalu totok (hangit kata orang utara) hingga menyoal kenapa Anwar tidak menunggu untuk melihat video aib itu sendiri samada orang di dalam video itu bukan dia sebelum menafikannya!


Seperti kata-kata generasi Facebook....ngok...hu..hu..hu