Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Amerika dan Perubahan


Amerika dan Perubahan

Dengan b’il hikmah dan ‘ala basirah kita harus membaca makna perubahan yang sedang meratai dunia, termasuk kemunculan fenomenal Barack Hussein Obama . Apakah pula kesan dan implikasinya nanti jika berjaya berlaku perubahan ke atas Amerika Syarikat terhadap Dunia Islam. Apa yang dapat diharapkan dari pidato Kaherah?


Adalah bijak untuk tidak mengharap terlalu banyak dari Obama agar nanti tidak kecewa berat andainya beliau gagal memenuhi harapan. Tetapi tidak pula ada salahnya bagi umat Islam menyambut pelawaan memulakan dialog baru.


Amerika sedang berusaha mencipta perubahan, tetapi ia juga harus menerima hakikat perubahan bahawa dunia hari ini sudah menjadi multipolar. Kenyataan tersebut tidaklah bermakna kejatuhan Amerika, tetapi kebangkitan negara-negara lain atau the rise of the rest . “The rest” yang dikatakan sedang bangkit itu termasuklah Asia . Kebangkitan yang paling fenomenal adalah China dan India.


Amerika yang ketika ini sedang terbelit pelbagai masalah, terutama masalah ekonomi

tidak akan mudah memaksakan hegemoninya ke atas bangsa-bangsa lain. Negara-negara

“the rest” yang menjadi semakin kuat tidak akan mudah menerima agenda hegemoni

Amerika yang terselubung di balik retorika penyejagatan demokrasi, hak-hak asasi

manusia dan masyarakat madani. The financial crisis has undermined not just the

U.S.’s economy -- but also its authority. Sekarang sudah bukan zamannya Amerika

menggurui dunia. “The era of American global leadership is over.” Gejala hilangnya kepercayaan dunia terhadap idea-idea besar Amerika, kapitalisme dan demokrasi model Amerika.


Dunia memandang sinis terhadap demokrasi jajaan Amerika yang pada hakikatnya hanya topeng untuk menutupi tindakan biadab campur tangan ketenteraan dan penggantian rejim. Citra demokrasi model Amerika semakin tercemar dengan Guantanamo Bay dan penjara Abu-Ghrayb yang mengeri dan menyeramkan.


Pencarian Alternatif


Kita sedang menyaksikan suatu fenomena sejarah yang cukup penting dan genting --

proses reinvention of the world. Kekalutan berlaku dalam mencari alternatif sistem

apakah yang mampu tampil sebagai penyelamat krisis. Antara yang difikirkan ialah authoritarian capitalism sebagaimana yang diamalkan di China dan Singapura. krisis ini juga membuka ruang kepada sosialisme. Tidakkah umat Islam merasa terpanggil untuk menangkap saat strategik ini dengan mengangkat alternatif Islam, sistem ekonomi Islam, sejenis faith based economy yang manusiawi dan bermoral tinggi?


Dalam keadaan terdesak seperti sekarang ini, mungkin orang lebih bersedia mempertimbangkan idea-idea alternatif. ”If there’s anyone out there who has a better idea, I’m sure the world would love to here about it.” Alangkah malangnya jika yang sedang terjadi ini benar-benar suatu kesempatan sejarah yang terlepas.

-----------------------------------------------------------
Bahagian Kedua sedutan intisari daripada Amanat Pimpinan WADAH
Dato’ Dr Siddiq Fadil
Muktamar Nasional Ketiga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)



Sunday, June 28, 2009

Dakwah dan Misi Perubahan




Menangani Politik Perubahan dan Perubahan Politik (Bahagian 1)



Dakwah dan Misi Perubahan

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (al jumu’ah:2)

Misi nabawi yang kita warisi terungkap dalam 3 Ttilawat (al-ayat), tazkiyat (al-nafs) dan ta’lim (al-kitab wa al-hikmah).

Ungkapan di hujung ayat….dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata – adalah isyarat perubahan radikal iaitu dakwah transformatif.

Perjuangan 3 T menghasilkan transformasi kemanusiaan – perubahan bermakna, pembebasan daripada kesesatan dan pencerahan daripada kebingungan (taghyiriy-tahririy-tanwiriy).

Itulah teras perjuangan para anbiya’ dan mursalin sepanjang zaman.



Agen Perubahan

Kita tampil sebagai agent of change dengan komitmen suatu generasi. Kian perubahan yang diungkapkan dengan kata seperti change, reformasi, transformasi menjadi aspirasi masakini.


Krisis dan Perubahan (Dalam kesempitan selalu ada kesempatan)

Krisis politik-sosial-ekonomi ternyata mengandungi hikmah sebagai katalis perubahan. Krisis ekonomi Mesir membuka jalan kepada kebijaksanaan Nabi Yusuf a.s. Krisis kemanusiaan akibat regim teror Fir’aun memunculkan Nabi Musa a.s. dengan agenda perubahan nasib. Krisis keselamatan akibat teror ya’juj dan ma’juj mencetus model perubahan Dhu’l-Qarnayn.

Dakwah harus tajam daya renung, tepat analisis dan bijak manfaatkan saat strategik sejarah bagi menepati dakwah bi’l hikmah dan dakwah ’ala basirah:-

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf:108)



Seorang ahli dakwah – da’i, perlu memahami segala maqasid segenap bidang – 'aqa'idnya, hukum-hakamnya dan adab-adabnya. Dakwah ’ala basirah bermakna ia perlu kenali realiti zaman, masyarakat zamannya, medan gelanggangnya dan pendekatan terbaik.

Para da’i perlu faham hakikat agama, realiti zaman dan suazana lingkungan. Perubahan (taghayyur) harus sentiasa diperhati dan diperhitungkan.


-----------------------------------------------------------
Bahagian pertama catatan intisari daripada Amanat Pimpinan WADAH
Dato’ Dr Siddiq Fadil
Muktamar Nasional Ketiga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)