Pada September 1998, tatkala anak
perempuan sulong saya berumur
12 tahun, dia
telah menolong menterjemahkan fatwa Professor Yusuf Qaradawi tentang isu fitnah
qazaf yang menimpa Anwar Ibrahim. Penterjemahan yang dilakukan adalah daripada terjemahan
bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Apabila kami menyingkap ayat-ayat al
Qur'an pada Surah al Hujurat, anak saya membacakan terjemahan berkaitan orang
orang yang mengumpat diibaratkan memakan daging saudaranya sendiri, anak saya
menyuarakan "yurrgh". Kami cukup terharu dan tersentuh dengan
pandangan yang diutarakan oleh Profesor Qaradawi yang jelas menyatakan
penolakan dan penentangan Islam terhadap fitnah, tuduhan palsu dan qazaf. Islam
tegas menjaga maruah, menegakkan kebenaran dan keadilan, mengeratkan ukhuwwah
dan memelihara kemuliaan insan.
" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat
sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu
kamu jijik dengannya. (Oleh sebab itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi
Maha mengasihani"
(Surah al Hujurat :12)
Terjemahan fatwa ini telah
dihantar kepada abimlink dan senarai
e-mail - mailing lists lain, medium
saluran sosial zaman itu. Kemudian, ia didapati telah disiarkan oleh akhbar PAS
yang sangat masyhur dan laris waktu itu, Harakah, yang menerbitkannya secara
penuh pada ruang English section walaupun
tanpa memaklumkan atau meminta keizinan. Kami berdua terkejut tetapi merasa
puas hati. Kami merasakan telah berusaha dan menyumbang menurut kemampuan waktu
itu. Adakalanya anak saya berseloroh supaya menuntut royalti harta intelek
apabila mengenangkan episod ini.
Pada waktu itu, rakyat telah
bangkit beramai-ramai berdemonstrasi dan berprotes. Namun suara rasmi pihak
agama yang berautoriti senyap dan sunyi. Tiada fatwa tempatan ataupun teguran
terhadap tuduhan-tuduhan jahat, hina dan memalukan yang setiap hari terpapar secara
jelek pada dada-dada akhbar oleh jentera media yang sudah hilang kewarasan dan jelas
berniat buruk. Serangan media dan publisiti yang terang-terangan menyerang dan
mencabar pendirian jelas prinsip-prinsip Islam dan shariah tentang pemberitaan,
kesaksian, keterangan, hadd, akhlak,
maruah dan fitnah. Memang ada suara dan seruan ulama tempatan tetapi
tokoh-tokoh autoritatif masih menyepi. Jika ada pun diceritakan hanyalah
bisikan di sebalik tabir yang tidak cukup untuk mengembalikan kehormatan dan
meletakkan keadilan dan kebenaran teratas
sebagai prinsip dan nilai untuk tegakkan serta mengabaikan tanggungjawab
memberi panduan dan bimbingan kepada umat. Keadaan ini menunjukkan dan
meletakkan orang Melayu dan Islam dalam kacamata yang sangat rendah - losing the moral high ground.
Begitulah sehingga apabila Qazaf
kedua mucul semula, diikuti pula dengan ketiga dan seterusnya berleluasa dengan
bersahaja, tidak nampak ke mana hujung pangkalnya dan umat menjadi semakin
tercela. Lagi sekali, kesepian pada pihak autoriti agama. Sebaliknya, pembesar
agama berbahas tentang sumpah seranah padahal isunya adalah keluhuran maruah
Islam dan shariah. Perjuangan dan penegasan sepatutnya supaya tuduhan Qazaf itu
didengari dan dibicarakan di mahkamah shariah. Tindakan ini akan menghentikan
fitnah pada pangkalnya. Namun, pihak yang berautoriti enggan. Kini telah
menular serta melebar kejahatan angkara fasad dan ma'siat tuduhan palsu serta
seluruh jentera yang menjunjungnya bermaharajalela.
Seruan Profesor Qaradawi dalam
fatwa terkininya supaya tuduhan terhadap Anwar dibicarakan di mahkamah shariah telah
tidak diendahkan.
Apabila judi bola cuba
diperkenalkan setelah diswastakan, satu lagi rancangan yang amat mengaibkan
negara, ramai orang menjadi resah dan membantah menyebabkannya menjadi di antara
dasar yang paling tidak popular waktu itu. Pihak agama yang berautoriti pun
resah dan gelisah tetapi mungkin telah memilih untuk berdiam diri demi menjaga
air muka pembuat dasar yang semakin tercalar. Penentangan kerajaan-kerajaan
negeri di bawah pentadbiran Pakatan telah menjadi penghalang besar dan
menggagalkan judi bola. Kemarahan rakyat
dan ketewasan politik telah berjaya mencegah satu lagi perusahaan judi daripada
menjadi sah - legal. Kebangkitan
rakyat dan kuasa politik alternatif yang dipadukan berjaya menghalang maksiat
dan salah sati dosa besar al kaba’ir.
Kita menghormati autoriti dan yang
berpengetahuan agama. Kita mengharapkan panduan dan pelaksanaan posisi
berautoriti untuk menegakkan agama, mempertahankan kebenaran dan keadilan. Kita
berdoakan supaya kita semua bertindak dengan penuh integriti tanpa gentar atau pilih
kasih.Pada September 1998, tatkala anak
perempuan sulong saya berumur 12 tahun, dia

dan ketewasan politik pemerintah telah berjaya mencegah satu lagi perusahaan judi daripada
menjadi sah - legal. Kebangkitan
rakyat dan kuasa politik alternatif yang dipadukan berjaya menghalang maksiat
dan salah satu dosa besar - al kaba’ir.

kasih.